profile friends entry blogger twitter tumblr follow older newer
Forever You In My Heart [Chapter II]
06 June 2012 | 9:01 PM | 0 comments



Di hospital..

“Kat mana aku ni?” kepala Shin Ah pusing akibat terhantuk di tepi jalan.

“Kau kat hospital” Shin Ah terkejut apabila melihat Hyo Seon berada disebelah sisi katilnya.

“Ma-macam mana aku boleh ada kat sini?” Shin Ah bingung.

“Kau hampir kena langgar dengan kereta. Tapi nasib baiklah ada sorang laki selamatkan yang baik hati ni dah selamatkan kau.” Hyo Seon cuba menguji Shin Ah.

“Ji Ho oppa?” Shin Ah meneka.

Terbeliak biji mata Hyo Seon apabila mendengar nama yang disebutkan oleh Shin Ah. Lantas dia pun berdiri sambil berkata “ Hei, Shin Ah! Orang yang selamatkan kau tu bukan Ji Ho tapi orang yang kau benci selama ni!”

“H-Hae Young?” Shin Ah teragak-agak menyebut nama itu.

“Ya, Hae Young. Dia cintakan kau Shin Ah. Bermati-matian dia menyelamatkan kau daripada kena langgar. Dia tak kisah kalau dia mati semata-mata untuk kau terus bernafas di muka bumi ini. Aku tak tahulah, kalau dia tak ada kat situ, mungkin kau tak ada kat depan mata aku sekarang ni! Sekarang ni dia ada kat wad kecemasan, dia cedera parah” Hyo Seon terus meninggalkan Shin Ah keseorangan bagi dia berfikir.

Shin Ah tidak mampu untuk membuat apa-apa. Dia hanya mampu menangis pada saat itu.

Beberapa bulan kemudian...

Hae young telah disahkan sembuh sepenuhnya dan dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Selepas pulang dari hospital, dia terus duduk di tepi pantai bagi menenangkan fikiran. Sedang dia leka memerhatikan matahari terbenam, seorang telah menegurnya dari belakang. Lantas dia pun menoleh kebelakang. Terkejut beruk dia apabila Shin Ah berada di depan matanya.

“S-Shin Ah.. Err awak ke yang panggil saya?” tergugup gagap Hae Young bertanya kerana takut dimarahi oleh Shin Ah.

“Ya..” jawab Ahin Ah sepatah sambil kepalanya ditundukkan.

“Em, ada apa awak panggil saya?” lega sedikit hatinya apabila mendapati Shin Ah tidak memarahinya seperti dulu.

“Sebenarnya... Saya..” kata Shin Ah.

“Ya?” balas Hae Young.

“Err.. Saya sebenarnya..” Shin Ah tergugup gagap.

“Saya apa?” Hae Young tersenyum dan masih bersabar menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Shin Ah.

“Sebenarnya.. Saya cintakan awak,Hae Young!” Shin Ah terus memeluk Hae Young Hae Young terkejut tapi dia begitu gembira mendengar kenyataan Shin Ah. Lantas dia membalas pelukan Shin Ah dan mengukirkan senyuman.

“Mianhae, Hae Young. Selama ni saya berkasar dengan awak. Saya dah lukakan hati dan perasaan awak. Saya tak sepatutnya buat awak macam tu. Saya menyesal. Maafkan saya..” Shin Ah berkata sambil menangis teresak-esak.

“Tak mengapalah.. Saya dah lupakannya” Hae Young menjawab sambil air matanya mula mengalir dipipinya.

Seterusnya, mereka menjadi kekasih dan akhirnya mereka pun berkahwin dan menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Dan seterusnya lahirlah seorang insan yang mewarnai hidup mereka sekeluarga.

:125:THE END :125: