profile friends entry blogger twitter tumblr follow older newer
Forever You In My Heart [Chapter 1]
06 June 2012 | 7:01 PM | 0 comments



ni first time I buat fanfic.. So, enjoy :face42:




Characters blogger-emoticon.blogspot.com: Hae Young | Gikwang
Shin Ah| IU
Ji Ho| Junhyung
Hyo Seon| Lizzy Park

Hanya pukulan ombak yang memecahkan kesunyian di pantai itu. Shin Ah hanya memerhatikan laut yang terbentang luas itu tanpa bersuara. Dye mengeluarkan surat cinta dari koceknya yang diterima dari Hae Young semalam. Diratapinya surat itu seketika dengan perasaan benci yang membuak-buak.

“Walaupun kau handsome, tapi sampai ke tua pun aku tak akan terima kau sebagai kekasih aku!” kata Shin Ah sambil surat itu direnyuk-renyuknya. Shin Ah amat benci pada Hae Young kerana ibunya pernah bercinta dengan ayah Shin Ah. Ibubapa Shin Ah bercerai dan dia terpaksa mengikuti ibunya. Namun hajat ayahnya ingin berkahwin dengan ibu Hae Young tidak kesampaian kerana ibu Hae Young maut dalam kemalangan jalanraya.

“Kau dengan ibu kau tu sama je. Aku benci!! Dikoyaknya surat itu lalu dicampakkannya ke dalam laut. Lamunan Shin Ah berkecai apabila bahunya diraih oleh seseorang dari belakang. Lantas dia pun menoleh ke belakang. Lega hatinya apabila Ji Ho yang berada di hadapan mata dan bukannya penjahat yang ingin apa-apakan dia.

“Ji Ho Oppa rupanya.. Buat terkejut saya je tau’’ kata Shin Ah.

“Maaflah, Oppa tak ada niat nak terkejutkan awak. Buat apa sorang-sorang kat sini?? Tanya Ji Ho sambil duduk di sebelah Shin Ah.

“Saje je ambil ketenangan sambil tegok matahari terbenam jawab Shin Ah. “Oppa pulak buat apa kat sini?”

“Sebenarnya, oppa ada benda nak cakap dengan Shin Ah. Ingatkan Shin Ah kat rumah tapi Hyo Seon kata Shin Ah kat sini. So, oppa pun pergilah sini’’kata Ji Ho.

“Sibuklah Hyo Seon ni!’ bisik hati Shin Ah.
“Apa awak kata?”tanya Ji Ho kepada Shin Ah.

“Hehe, takde apa-apa oppa” tipu Shin Ah sambil tersengih. Fuh, nasib baiklah dia tak dengar. Bisik Shin Ah dalam hati.”Em, apa yang oppa nak cakap sebenarnya?”

“Sebenanya...” teragak-agak Ji Ho menjawab sambil tangannya menyeluk koceknya. Perbualan mereka terhenti apabila telefopn Shin Ah berdering.

“Hello, Hyo Seon. Ada apa pulak kau telefon ni?” tanya Shin Ah kepada Hyo Seon melalui telefon bimbitnya. Hyo Seon dan Shin Ah bekerja dan tinggal di tempat yang sama.

“Hello, Shin Ah!” Kau balik sekarang. Hari ni turn kau pulak masak kan? Cepat weii.. Palli.. Perut aku dah main lagu Bubble Pop dah ni” kedengaran di hujung talian Hyo Seon sedang menyanyi lagu Bubble Pop, lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi kegemarannya, Hyun A dari 4Minute.

“Heish, yelah.. Aku balik lah ni” jawab Shin Ah tanpa membantah. “ Asalkan kau berhenti menyanyi. Sengau tahu tak?” terus ditekannye butang merah di telefonnya. “ Maaflah, oppa. Saya terpaksa balik. Kita jumpa lain kali yeh? “ Shin Ah terus meninggalkan Ji Ho keseorangan.

Ji Ho mengeluh. Hasratnya untuk melamar Shin Ah sekali lagi tergendala. Shin Ah kerap melarikan diri daripada Ji Ho. Ji Ho mengeluarkan cincin untuk melamar Shin Ah itu dan hanya termenung di tepi pantai itu dengan perasaan hampa menyelubungi dirinya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Shin Ah tersempak dengan Hae Young. Hae Young melontarkan senyuman yang sangat manis kepada Shin Ah yang boleh mencairkan hati sesiapa yang melihatnya tapi bukan Shin Ah. Sebaliknya Shin Ah membalas dengan jelingan tajam.

“ Hai, Shin Ah. Awak dari mana dan nak ke mana?” tanya Hae Young kepada Shin Ah dengan mesranya.

“Kenapa kau nak sibuk pulak?” Shin Ah cuba berlagak sombong.

“Takdelah.. Saje je tanya..” jawab Hae Young yang agak terasa dengan kata-kata Shin Ah.

“Ke tepi!” kata Shin Ah.

“Tapi..”

“Kau tak paham bahasa ke? Aku kata ke tepi, ke tepilah!!” jerit Shin Ah lalu ditolaknya Hae Young ke tepi. Sedang Shin Ah melintas jalan, tanpa disedari olehya, ada sebuah kereta yang sedang memecut laju ke arah Shin Ah. Tapi, Shin Ah telah ditolak oleh seseorang dari belakang. Shin Ah terjatuh di bahu jalan dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.


:125: Sekian Terima Kasih:125:

P/S : Chapter II akan di-updated nanti.. just tunggu je:face75: